ge 1155 komputer dalam pendidikan
  • Refleksi Diri
  • Tugasan
  • Biodata Diri

REFLEKSI MINGGU KE-7

12/25/2015

0 Comments

 
Pada minggu 7, saya dan ahli kumpulan telah mencari maklumat tentang tujuan penyelidikan dan proses menjalankan kajian. Tujuan peyelidikan amat penting dalam membuat satu penyelidikan supaya kita dapat mengenal pasti penyelidikan yang hendak dilakukan. Selepas itu, saya mengenal pasti proses pembinaan soal selidik. Perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencari satu tajuk besar perkaitan dengan soal selidik tersebut. Kemudian, kita perlu mencari objektif yang bersesuai dengan tujuan soal selidik tersebut. 

        Seterusnya, dalam kumpulan, saya telah membincangkan tujuan dan objektif kajian mini, dan senaraikan item untuk dimasukkan dalam soal selidik. Tajuk kajian adalah berkaitan dengan topik yang diberi untuk tugasan 3. Tajuk kajian kumpulan saya adalah Web 2.0 dalam pendidikan.. Saya dan ahli kumpulan telah membuat beberapa soalan berkaitan dengan tajuk tersebut. Saya juga telah membuat rujukan bersama Dr Siti Fatimah untuk menghasilkan soalan yang bersesuai dengan tujuan serta objektif soal selidik. Kami telah membina satu soal selidik dengan menggunakan Google Form

        Kesimpulannya, saya dan ahli kumpulan dapat memahami cara membuat soal selidik dengan betul serta menggunakan kemudahan Google Form yang memberi kemudahan kepada penyelidik dalam mendapat maklumat daripada responden.
0 Comments



Leave a Reply.

    Salam...

    Selamat datang ke laman weebly saya. Salam perkenalan.​

    Picture

    Archives

    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Refleksi Diri
  • Tugasan
  • Biodata Diri